Saturday, February 11, 2012

Bersama keluarga

Weekend lepas balik kampung (actually bukan la weekend,tp jumaat sabtu but still considered as weekend for me. Dah2,takyah explain lebih2). Hari ni dah ada kat kulim balik dah. Sampai2 je kat rumah,tgk housemate takde. Confirm2 kuar jalan2. Sbb kete ada je. Tapi tak kisah pun,aku pun dah biasa duduk sorang kat rumah sewa ni. Lagi best. Tapi rasa nak balik lagi minggu ni sebab adik nak balik sarawak dah. Kalau la boleh ambik cuti seminggu,dah lama aku ambik. Duduk kat rumah memang best,nak2 kalau ada adik2 dgn abg2 ada sekali. Macam mana serabut kepala ni,kalau balik kampung terus lupa semua masalah. And dah jadi habit aku kalau aku balik kampung,aku malas nak connect dengan dunia luar. Henpon aku campak merata2 (kecuali henpon yg org ofis boleh call la.matilaaa kalau tak angkat kalau orang call T_T). Online pun sekadar atas nama je. Tapi tuan dia lari tempat lain. Haha.


Sedih sebenarnya kalau asyik berjauhan dengan orang2 yang kita sayang. Lagi sedih bila kita selalu keseorangan bila dalam kesusahan,kejatuhan dan terpaksa handle semua nya sendiri.Entahla. Aku dah penat dengan situasi macam ni. Fed up pun ada. Kadang2 aku selalu gak tertanya2,kenapa aku selalu berada di pihak yang tak bernasib baik. Kenapa aku selalu korbankan kehendak dan impian aku demi masa depan orang lain. Kenapa aku selalu letakkan diri aku sebagai orang yg tak ada kepentingan. Soalan "kenapa" ni semua memang tak akan berkesudahan. Kan best kalau aku ni tegas sikit. Kan best kalau aku boleh senang2 je cakap apa yang aku rasa. Kan best kalau aku ni keras hati. Tapi aku tau,kalau nk berubah aku kena start dengan diri aku..............


Dan sekarang,aku rasa nak balik kampung. Peduli apa aku kalau orang cakap aku ni homesick ke,manja ke,tak sosial ke. Yang penting takde benda lagi best selain luangkan masa dengan family sendiri.

::spell to be cast out::

saya rindu semua orang.