Friday, February 24, 2012

Dear diary

23/2/2012 - Khamis

dear diary,akhirnya tiba juga hari khamis.hari yang sentiasa ditunggu2 oleh aku setiap mggu.sebab ape?sebab esoknya aku cuti,tak kerja.untuk quarter ni aku cuti jumaat sabtu,next quarter cuti ahad isnin.malas nk explain banyak2 wahai diari,sbb ko bukan nak ingat pun.and ko mesti tak paham kan?alhamdulillah,aku dah siapkan most parts of my project.lega rasanya walaupun aku rasa kaki aku ni mcm dah senget sikit.jalan pun tak betul.siang td aku berazam nk study sikit pasal semicond and pasal CMP.sbb aku rasa mcm ilmu aku tak cukup mendalam lg.mcm mana nk improve process kalau aku sendiri tak master pasal benda tu.betul tak diari?so,aku dah save semua training materials kat dlm laptop td.tp akhirnya malam ni aku habiskan dgn tgk How I Met Your Mother. =.=''


24/2/2012 - Jumaat

dear diary,aku bangun awal hari ni.surf internet jap,pastu tido balik.haha.tapi pelik,kenapa hari2 kerja aku susah beno nak bangun pagi.bila cuti,rajin pulak aku bangun awal.nyampah.aku dah sapu2 bilik dengan ruang tamu td.makan cereal pastu sambung tgk How I Met Your Mother lagi sampai la pukul 1.30,aku stop sbb nak solat zohor.Lepas amik wuduk,aku check henpon tgk ada misscall dari dia.ingat nak call balik,tapi aku batalkan niat aku sbb aku rasa dia dah pegi klinik kot.sbb hari khamis petang mmg dia pegi klinik.tiba2 aku baru teringat,ah hari ni jumaat.bengongnya aku.ok,mesti dia dah pegi solat jumaat.so,aku pun tunaikan la solat zohor aku.lepas solat,aku sambung lg tgk HIMYM tu.tak study2 pun aku ni. =.= tiba2 dia call.sembang2 kejap lepas tu dah habis.aku tak sembang byk.tktau kenape.nk tau tak diari,aku habiskan sepanjang siang hari aku dgn tgk cite tu je.loser ke aku?

malam pulak aku ingat nak tgk tv.housemate aku dah kuar siap dgn beg2 baju semua.so aku assume dia tak balik la malam ni.tv dah la takde cite best,so akhirnya aku tgk lg HIMYM.boring sgt,aku tgk RunningMan pulak.Akhirnya malam ni dia tgk juga RunningMan episod 74 yg aku suruh dia tgk dari mggu lepas lg.sebab seronok sgt episod tu.aku rasa lg keexcitedan aku tu smpai skrg.sambil dia tgk episod 74,aku tgk episod 79.dalam pukul 12.30,aku tanya dia,dah habis tgk belum.rupa2nya dia dah tido.baru ingat nk tanya pendapat dia.


25/2/2012 - Sabtu

dear diary,selamat pagi!aku bangun awal lg hari ni.tp masih dgn rutin aku.tgk cite tu.aku start tgk dari season 1 sampai srkg dah season 5. =.= tinggal satu season je lagi.aku takde latest season.mane nak cari eh?diari,hari ni aku aku rasa sakit hati,geram dengan benci.aku taktau kenapa.aku rasa lebih baik aku jangan sembang dengan sape2 pun hari ni.aku mmg macam ni,benda yg sepatutnya aku marah dah lama dulu,baru aku nak marah skrg.lepas tu tktau nak lepaskan kat mana.diari,kenapa aku selalu sedih skrg?kenapa aku tak happy mcm dulu?kau pun mesti bosan kan sebab aku selalu post benda sedih2 je skrg.aku nak cite jugak perkara2 happy kat sini,tapi aku nak tipu sape?mmg aku takde benda happy pun skrg.sbnrnya semalam aku tido dengan hati yg tak gembira langsung.apa harus aku buat?ah,sambung tgk HIMYM.haha.esok dah kerja.harap2 tak banyak issue.eihhhh,time bila aku nak study?minggu depan la ye diari.hoho.bye!


Tuesday, February 21, 2012

Dear you





Remember this?

we watched world cup together even though we were thousand miles apart.(apparently this picture is after the match end).
luckily, we support the same team so we shared the same feelings whenever they won or lose and make review afterwards.
then we talked about our life until 3-4am.


but that was 2 years ago.
i hope we can still watch the next world cup match together but this time not via webcam.
i want to watch the game with you from the same tv,view and angle.
i want to shout,yell and celebrate with you.
i dont want to pretend doing everything with you when the fact is you are not even in front of me.


and i also hope that you still support the same team as i am.
=)





Are you the Schumacher reincarnate?

Monday, February 13, 2012

B.E.S.T.G.I.R.L.F.R.I.E.N.D

Ok,this is sounds so wrong but yeah,you know what i meannnnnnnnn. *rolling eyes*
Last time i did tell you a story about my bestfriend. I dont want to call him my bestboyfriend because.....well,just because. haha. Now,its time for my other bestfriend, which as stated above, my best girlfriend. And the best part is, we share the same father's name. yeay!

Sebelum aku mulakan cerita tentang How I Met My BestGirlfriend (wah,nak jugak),aku nak kasi intro karangan BM SPM sikit. Bagi aku, first impression aku dekat seseorang memang menentukan siapa kawan aku akhirnya. Dan selalunya, orang yg bagi bad first impression kat aku itulah, sahabat aku di susah senang. Ok,here how it goes......



Sama macam bestfriend yg aku cerita kat previous post, kami kenal masa Express-MARA.
Yang lain nya cuma dia section 2,aku section 1. Kenal pun sebab dia roommate Syamira.
Aku ingat lagi,benda first aku tanya , "Nama ape?". Haha.
Zaman baru nak kenal kan. Harusla tanya nama.
Rasanya ko tengah SMS boyfriend kot time tu weh.
Eleh, dulu ko memang slalu berkepit dgn henset ko pun. =.=
Erm..jap nak refresh otak balik. Oh,pastu ko jawab, " Nurul Syazreen".
Ntah cmne,konon2 nk bg ceria suasana,aku cakap la "Eh,sama macam nama Syamira.hehe"




Tapi ko takde bagi response pun, terus sambung main henset. Malunya aku. Terus dari hari tu aku macam awkward sikit nak sembang dengan ko.haha

************************************************************************************

Actually ko termasuk dalam group2 Taiping ni sebab budak2 Beseri time tu ada brape kerat je. Haha. Aku pun tak rapat sangat dgn ko dulu. Aku rapat dengan Syamira. Tapi entah mcm mana time degree tiba2 rapat. Aku pun tak sure macam mana. Sampai sanggup la aku pindah kolej sebab ko ajak duduk K9. =.= Gigih aku disitu. Pastu malam2 slalu tgk cite hantu kat bilik ko. Agak2 boring, turun cafe K9 beli air. Ko milo tabur, aku milo cincau. Haha. Lepas tu selalu aku la yang jadi tukang dengar cite2 and perihal kehidupan ko. Pastu aku komen2 sikit. Aku tak reti bagi pandangan sebenarnya, tapi aku cuba seboleh2nya bagi nasihat yang terbaik.

Kalau kuar jalan2 time kat UTM dulu pun, mesti nak ada ko. Kalau Abbas takde, ko kena ada. Nak hilangkan corny. Lagipun the best way to enjoy your day,mesti la dengan bestfriends kan.Auw.

Ingat lagi ada sekali tu aku punya tiket untuk balik kampung time CNY silap tarikh. So aku terlepas bas. Menangis aku sebab memang susah nak dapat tiket time tu. Harga confirm2 dua kali ganda mahal. Duit pulak dah takde. Aku dengan muka tebalnya SMS ko kate nk pinjam duit sikit nk beli tiket. Dengan coolnya ko bank in terus kat aku. Terharu aku. Sobs. Kalau tak, memang aku tinggal sorang2 la kat UTM tu. Thanks!

And time ko dalam zaman kegelapan (propa disitu), aku cuba sebaik boleh bantu ko. Walaupun ada jugak yang ko buat salah, tapi aku taknak la tinggalkan ko. Sebagai sahabat, aku nak ada time susah senang. Apa yang salah aku nasihatkan. Apa yang betul, aku sokong. Bagi aku, mungkin Allah SWT dah takdirkan ko lalui semua tu sebab Dia dah tentukan jalan jodoh ko begitu. So,aku doakan yang terbaik untuk ko.


Sekarang, ko keje kat KL. Aku keje kat Kedah. Tapi still slalu planning trip dengan ko. Pastu tumpang rumah ko tido. Dah naik segan dah aku nak tumpang. U_U Ingat weh, hujung bulan 3,planning kita ke USS. Yeay.





Bila difikir2kan balik, hidup aku ni bukanlah sentiasa keseorangan. Aku ada kawan2 yang terbaik. Aku ada family yang terbaik. Dan aku ada cinta hati yang terbaik. Syukur Ya Allah. =)





p/s : again, ada kata kunci jugak dalam post inihhhhh.haha.

Sunday, February 12, 2012

B.E.S.T.F.R.I.E.N.D

Aku ada seorang bestfriend.(ayat mula mcm nk buat karangan "Aku sebuah basikal" je)
Bestfriend aku ni aku kenal sejak Express-MARA dulu lagi.Dia satu section dengan aku.
Bagaimana dan macam mana aku mula kawan dgn dia,biarlah menjadi kenangan kami berdua.
Aku bukan ape,malu kot nak cite.
Sampai skrg aku tak caye aku buat camtu.urgh.

Ingat lagi masa hari first nak daftar utk Express-MARA tu,ko la orang first aku nmpk.
Sebab ko tinggi sangat,lagipun dah ditakdirkan ko lalu depan aku.Nasib ko la.haha.
Masa nak bahagi2 kan section tu,aku nampak ko dapat kertas kaler hijau,sama dgn aku.
And sape2 yang dapat kertas kaler hijau,dia masuk section 1.yeay.
Itupun aku nak tengok.Mesti ko rasa aku stalker kan.Well,ko mmg tau pun aku stalker.
Lepas masuk degree baru kita rapat betul2.


***********************************************************************************

Aku rasa 70% masa seharian aku kat UTM tu,dengan ko je. Makan dengan ko,kat kelas kadang2 duduk sebelah ko. Study dengan ko. Kalau kuar jalan2 pun,ada ko skali. Pastu sebelum kuar slalu cakap , "ko join tak?kalau ko tak join aku taknak ikut.aku nak kawan sape nnti".haha.Corny betoi.

Feveret TV programme kita pun sama. Yang paling tak tahan Charmed la. Sampai semua dialog dia ko ingat. Pastu nak aplikasikan kat percakapan harian. Aku rasa nak tampar je. Tapi nasib baik aku faham,so aku pun join skali kepelikan ko tu. haha. Aku kesian dengan orang lain yg kadang2 tak faham ayat2 pelik kita. Tapi ada jugak yg terpengaruh dengan kita. Contohnya,Udeen.

Ko punya angin dengan mulut boleh tahan taufan die. Tapi disebabkan aku dah immune,so aku tak heran dah. Penah ke eh aku merajuk/gaduh dgn ko. Tak kot. Lainla time tu aku PMS. haha. Salah satu sebab aku suka kawan dgn ko adalah aku rasa ko ni cermin aku. Semua ko fikir,ko rasa, ko benci, ko suka,semua sama dgn aku. Kadang2 ko takyah explain lebih2 pun,aku dah faham. Dengan aku pun sama. Sebab tu la ape2 hal aku suke cakap dengan ko.

Dulu kat UTM,ko slalu gedik2 nak on webcam bila sembang kt YM. Dah tau wifi UTM tu nyawa2 ikan,lagi nak bukak. Hasilnya,terpaksa aku tgk muka ko freeze. Dengan gigi2 ko sekali. Menangis aku. Haha.

Tapi sekarang, ko kat JB. Aku kat Kedah. Jauh. Dah tak boleh nak dengar ko ajak aku makan kat meranti, dah tak boleh nak study dengan ko kat library, dah tak boleh nak ikut ko melagha sementara tunggu next class, dah tak boleh nak tgk ko tertido kat class, dah tak boleh nak dengar ayat2 pedas ko,dah tak boleh mcm2 lagi. T_T Skrg boleh berhubung guna FB,SMS atau call je. (ko call time dapat free credit je.ceh.)

Aku rasa bersalah sangat sebab lupa birthday ko hari tu. Kalau tak,tiap taun aku ingat. Patutla ko tiba2 rajin call. Dah la time tu ko kat Penang. Tapi nak buat mcm mana,takde rezeki nak jumpa.

Anyway, aku harap ko kekal sebagai bestfriend aku sampai bila2. (aku tak sure ko anggap aku bestfriend ke tak U_U). Tapi,ko tetap the best friend i ever have. Ingat, kalau dah jumpa mana2 perempuan yang ko suka,tunjuk kat aku dulu. Aku dah approve,baru ko boleh teruskan langkah seterusnya. Haha.

Aku tiba2 buat post ni sebab ko dah buat sesuatu yang membuatkan hati kecik aku ni terharu. Sobs.

Sape pandai,selalu baca buku Conan,dia akan jumpa kata kunci dalam post ni. And akan tau sape bestfriend aku tu. Ciao!


Saturday, February 11, 2012

Bersama keluarga

Weekend lepas balik kampung (actually bukan la weekend,tp jumaat sabtu but still considered as weekend for me. Dah2,takyah explain lebih2). Hari ni dah ada kat kulim balik dah. Sampai2 je kat rumah,tgk housemate takde. Confirm2 kuar jalan2. Sbb kete ada je. Tapi tak kisah pun,aku pun dah biasa duduk sorang kat rumah sewa ni. Lagi best. Tapi rasa nak balik lagi minggu ni sebab adik nak balik sarawak dah. Kalau la boleh ambik cuti seminggu,dah lama aku ambik. Duduk kat rumah memang best,nak2 kalau ada adik2 dgn abg2 ada sekali. Macam mana serabut kepala ni,kalau balik kampung terus lupa semua masalah. And dah jadi habit aku kalau aku balik kampung,aku malas nak connect dengan dunia luar. Henpon aku campak merata2 (kecuali henpon yg org ofis boleh call la.matilaaa kalau tak angkat kalau orang call T_T). Online pun sekadar atas nama je. Tapi tuan dia lari tempat lain. Haha.


Sedih sebenarnya kalau asyik berjauhan dengan orang2 yang kita sayang. Lagi sedih bila kita selalu keseorangan bila dalam kesusahan,kejatuhan dan terpaksa handle semua nya sendiri.Entahla. Aku dah penat dengan situasi macam ni. Fed up pun ada. Kadang2 aku selalu gak tertanya2,kenapa aku selalu berada di pihak yang tak bernasib baik. Kenapa aku selalu korbankan kehendak dan impian aku demi masa depan orang lain. Kenapa aku selalu letakkan diri aku sebagai orang yg tak ada kepentingan. Soalan "kenapa" ni semua memang tak akan berkesudahan. Kan best kalau aku ni tegas sikit. Kan best kalau aku boleh senang2 je cakap apa yang aku rasa. Kan best kalau aku ni keras hati. Tapi aku tau,kalau nk berubah aku kena start dengan diri aku..............


Dan sekarang,aku rasa nak balik kampung. Peduli apa aku kalau orang cakap aku ni homesick ke,manja ke,tak sosial ke. Yang penting takde benda lagi best selain luangkan masa dengan family sendiri.

Tuesday, February 7, 2012

L.O.V.E

Sometimes all I really want to do is sit beside you. I want to watch cheesy
and crappy movies with you, and we will laugh at them together. I want
to plan things with you, things we’ll never do, but for some reason just
planning them with you is fine with me. I want to talk to you about everything
and anything. I want to goof around with you and make jokes that aren’t
funny but we’ll laugh nonetheless. I just want to fall in love with you over
and over and maybe at one point we’ll get tired of each other, but until
then, I want you, and just you.








its been 3 years,4 months,3 weeks and 4 days and i'm still in love with you =)

Wednesday, February 1, 2012

Coretan dari pengalaman

Tadi nampak kawan2 yang under tajaan MARA (tp untuk oversea) sembang kat twitter. Diorg sembang2 pasal kenapa kena bayar byk kat MARA tak mcm dijanjikan dulu.

Nak mencelah sbnrnya sbb dah ada pengalaman kan. Konon nk tenangkan hati diorg. Tapi niat tu terstop,sbb aku ni study local. Bukan oversea. Tak perlu kot nk menyibuk. Kang menyibuk kang,tak sama pulak situasi aku dgn diorg. "Lagipun,i'm not in their league",bisik hati kecil ku.

Bukan nk mewujudkan kasta atau jurang,tapi sedikit sebanyak perasaan mcm tu tetap ada. Dulu ingat lagi,time ramai kawan2 express MARA yg kuar dari program tu sbb dah dpt biasiswa ke oversea aku rasa tertekan sangat. Mesti ada yang ckp, "Sape suruh tak pegi interview". Malas aku nak explain sebab musabab semua. Aku tau, you guys dont ever care pun.Soalan hanya sbb curious,bukan caring. Lepas tu ada sembang2 dgn abbas pasal tu. Kat bus stand depan FKKKSA. Ko ingat tak lagi abbas? Dulu kan kita budak2 forecast mmg naik bus je.comel.haha. Time tu aku memang sangat memerlukan orang untuk mendengar dan memahami keadaan aku. Dan situasi kita pun lebih kurang sama je. Tapi aku taktau la ko sedar ke tak yang sebenarnya kita tengah heart to heart.haha. Dah la time tu tgh nak final exam. Exam untuk ke degree pulak tu. Ah,malas nk dikenang. Sebab tekanan terlalu hebat. Sampai dah fourth year degree pun aku masih rasa tekanan tu. Dan yang paling kemuncak bila dah grad. Takut tak dapat kerja,takut dipandang serong orang sekeliling dan takut kalau orang menyindir jalan yang aku pilih dulu.

Tapi alhamdulillah,rezeki Allah itu luas. Allah bukakkan hati mereka untuk terima aku kerja. Dah hampir setaun setengah dah pun. Walaupun kadang2 aku seakan merungut dgn kerja aku,tapi itu bukanlah sebab aku bencikan kerja aku. Tapi sekadar untuk menenangkan fikiran atas tekanan bertubi2 atau mungkin aku PMS.haha. Kerja disini memang seronok. Persekitaran, kemudahan, dan orang2 nya semua memuaskan.Alhamdulillah.


Apa2 pun,untuk rakan2 diluar sana yg masih mencari kerja, kuatkan semangat. Ingat,rezeki Allah itu luas. Kalaupun tiada peluang untuk kerja,mungkin Allah gantikan dengan benda lain. Peluang untuk sambung belajar mungkin?Peluang untuk membuka perniagaan sendiri dan sebagainya. Yang penting,jangan pernah putus asa untuk berusaha dan berdoa.insya'Allah.

::spell to be cast out::

saya rindu semua orang.