Monday, February 23, 2009

parameswara membuka melaka



hari ini saya ada kelas process instrumentation.kelas itu bermula pada jam 11 pagi.walaupun agak kemalasan tapi saya gagahi juga kaki ini melangkah dan kendatipun
pada kebenarannya saya tidak sekalipun membawa buku instrument.
nama lecturer saya ialah dr halim.dia seringkali mewujudkan kontroversi
kepada kami tetapi saya dengan jayanya berjaya mengatasi kontroversi2 yang telah diwujudkan oleh beliau.oh,tiba2 seorang manusia bernama khairul anuar duduk disebelah saya.dan dihadapan saya tidak ada seorang manusia pon yang wujud.berbekalkan khairul di sebelah,dr halim yang straight dihadapan berserta ketidakhadiran buku instrument,saya dapat rasakan seuatu yang buruk bakal berlaku.tapi,saya cuba tepis perasaan itu.
seperti biasa,khairul anuar akan bersembang dengan saya berhiaskan lawak2 liar beliau.pada asalnya beliau hanya ingin mengemukakan ketidakfahaman beliau tentang process control,tapi entah macam mana tiba2 khairul anuar mengajar saya subjek sejarah yang agak selama nenek saya tinggalkan.

khairul anuar : bye,aku hebat tau sejarah.meh sini aku ajar ko.parameswara membuka melaka pada 1455.pastu portugis menjajah melaka pada 17**(tk ingat).pas portugis british pulak jajah 600 taun...

saya : eh,bukan british la...belanda!

khairul anuar : mana ada belanda jajah melaka...eh,ada kot....(*terasa terjejas dgn ilmu saya berhiaskan muka spastik beliau*)

lalu saya pun ketawa terkekek2 disertai oleh muzam dgn ketawa yang berjaya dicontrol.waktu itu saya rasa bertuah kerana dapat belajar 3 subjek dalam satu masa(dengar pasal sejarah,pegang buku process control,dan kat depan instrument sedang menyanyi)

tiba2,saya macam dengar suara orang menyeru nama saya.rupa2nya dr halim!...saya terkesima.erkk..

dr halim(dengan muka serius) : what's so funny about my pronunciation?do you want to share it with the class or you want to replace me here??!! *i would love to* =.=""

oleh kerana ketakutan yang amat,saya tk dengar sgt apa yang die bebelkan.cuma dalam hati saya berdoa panjang agar die tak halau saya kuar kelas(memang memalukan!!) takpun bagi kosong markah test saya...tidekkk!!!!
ya Allah,memang masa tu saya tak tau nak wat muka macam mana.nak senyum pon ada tapi itu bukan masa yang sesuai.tak pasal dapat pelempang nanti...T_T
akhirnya,berkat doa panjang saya,tamatlah sesi memarahi saya yang kudus ini.at least,termakbul jugak doa saya.sbb tk kena halau kelas.keh3

jadi kawan2,janganlah sesekali berbicara perihal sejarah,geografi,add math mahupun fizik tatkala anda dikelas instrument.dan yang penting!!!jangan ketawa~

p/s = dayana,lawak chipsmore ko mmg aku tk tahan.mujur aku tk kena marah kali kedua..
dr halim,mekasih la untuk hari yang indah ini.at least,ada gak sesuatu mewarnai blog saya.hidup dr halim!yeay~

::spell to be cast out::

saya rindu semua orang.