Sunday, November 30, 2014

W-DAY DIY : WEDDING INVITATION CARD

Gitu title. Haha.
Okay, aku ni memang kaki beli barang2 craft and stationaries. So disebabkan ada terlalu banyak supplies, aku decide nak buat sendiri je kad kawen aku. Lagipun kalau nk order kt vendor memang mahal la untuk design aku nak. Kerana cheapskate, aku rela membanting tulang buat sendiri kad kawen ku. Hukhuk.

Tema kawen aku adalah romantic vintage (ade ke?memandai je aku), tapi yg penting ada unsur2 rustic and vintage tp tknk vintage sgt. And aku sukeeee sangat dgn kraft paper, so the base must be made from kraft paper and aku suke pocketfold design. Setelah menggoogle dan mempinterest, aku jumpa la design yg simple tp cantik. And here it goessss :

Ini gambar from pinterest :-



kalau perasan kat bahagian dalam dia mcm ada pocket kan? itu la haa pocketfold katenyeeee.


okay ni pulak hasil tangan aku mendesign, memotong, melekat and segala2 me yang ada. ni baru siap dia punya pocketfold. Belum lekat details majlis and map lagi


close enough tak? Hikhik. Okay dah, bai! pi buat keje balik.

Friday, November 28, 2014

Finally, i'm backkkkkkkkkkkk

Hello hello worlddd. Wah, taknak kalah. World terus. Okaylah, tukar2.
Assalamualaikum salam dihulur. Sila sambut, tak jawab dosa. Apa khabar anda2 sekalian? (sedar lah baishatul, ko tgh ckp sorang2)
Setelah sekian lama, dekat setaun lebih aku dh kembali ke pangkal jalan. Kesian blog aku yg tak seberapa nak femes ni. Last post dulu pasal kenduri dayana, now dia dah pregnant dah pun, syazreen dh selamat melahirkan anak, din pun dh ada anak, dah resign dh pun dari silterra. Ko tengok berapa lama aku g tinggalkan blog ni. Kesian ko blog. Sorry, aku dh beralih arah ke planner kaler oren aku tu. Senang nak jot down everything there. Kat blog ni nak kena connect internet dulu la apa la. Dah la aku dh reduce quota broadband aku. Nak jimat punya pasal. Mcm pengemis dh aku rasa skrg. Line tepon aku tukar ke prepaid, benda2 tak perlu semua aku dh terminate. Yeah!

Okay la, tujuan aku kembali membuka blog ni adalah kerana,
1) Iols nk catat perjalan persediaan perkahwinan iols. Caya tak iols nak kawen? Tak sangka kan? Dulu slalu aku ingt aku kawen umur 30. Haha.
2) Sebab iols saja nak record down semua2 persediaan di atas
3) Sebab saja suka2

Aku ni tak sedor diri sebenarnya, dah tau sibuk nakkk jugak tulis kat blog. Ni kes terpengaruh dgn blog2 bride to be yg aku slalu blogwalking kt office time lunch hour tu la. Kantoi dah. Harap2 nama aku tak naik sbb surf internet terlebih had. HAHA. Bukan slalu, kejap2 je. Seminit dua. Agak2 tension buat keje, aku online kejap. Sama je aku tgk dgn bos aku tu. Ops.

Oh, lagi satu, memandangkan aku ni kedekut nak mampos, banyak la benda2 yg aku DIY utk wedding aku nnti. So aku nk gak la show off kat sini. Haha. Jujur sangattt.

Meh aku nak list kan details about my wedding and benda2 yang dah settle.

Important Stuff :-
Kursus Pra Perkahwinan : (Done)
HIV Test : TBD
Borang Permohonan Nikah etc : TBD
Surat Akaun Bujang : TBD
Kad Kahwin : DIY (Done 50%)

Hantaran :-
1) Telekung : Done
2) Set Bath&Body Works : Done (Mer ckp die nk bg. Tak bg siap!)
3) Project Life Kit : Done
4) Cincin/Mas kahwin : TBD
5) Handbag : TBD
6) Perfume : TBD

Perasan tak ni semua mmg utk pompuan? sbbnya ktorg beli sendiri hantaran utk diri sendiri. Senang. Masing2 susah nak jumpa, so decide beli sendiri je. Lagi la aku suke. Aku ni dh la minat benda tak sama dgn orang lain. All out terus la aku. Tibe2 ada sebijik project life masuk dlm hantaran. Sape taktau Project Life kit tu ape, sila google.

Solemnization Day :-
Date : 27th March 2015
Theme : White and Silver
Attire : White Abaya (Done)
Veil : DIY (Done)
Shawl : (Done)
Kasut : TBD
Hand Bouquet : TBD
Catering : TBD
Pelamin : Lela Touch Boutique (Deposit Done)
Makeup : Kak Elya (Deposit Done)

Reception Day :-
Date : 28th March 2015
Theme : Champagne and burgundy
Attire : Lela Touch Boutique (Deposit Done)
Kasut : Guna sama mcm nikah je
Catering : Mama uruskan (Done booking)
Pelamin : Lela Touch Boutique
Makeup : Lela Touch Boutique
Hiasan meja pengantin : TBD
Baju family/Bridesmaid : TBD
Doorgift Adults: TBD
Doorgift Children : Pillow Box Done
Doorgit VVIP : TBD
Bunga Pahar : TBD


Majlis Bertandang malas nk tulis lg sbb tu biar mer yg buat. Haha. Padan muka. Okay, next post aku nk tunjuk sikit benda2 DIY yang aku dh siapkan. Ok dah.



Sunday, June 2, 2013

Selamat Pengantin Baru Sahabat!

Alhamdulillah, pada 1 Jun lepas Dayana Amira bt Rosli selamat diijabkabulkan dengan pasangannya iaitu Mohd Faiz b Radzi (sorry kalau salah eja nama >.<) Kalau dulu dayana la penumpang setia skuter ego S aku pegi fakulti, cafe etc, peneman setia naik bas sama2 ulang alik fakulti, dan peneman study tengah2 malam sekali dengan Semah sepanjang menginap kolej KTHO. Tapi aku rasa, most of the time macam main je time study malam2 tu. Main bubbles la, SMS orang kacau2 la,pastu alih2 dah subuh. Sedih pulak rasanya T_T Paling best time kenduri dapat jumpa Asmah dengan Syaz. Rupa2nya dah 3 taun tak jumpe Si semah ni. Tapi haritu rasa mcm baru je lepas jumpa semah. Cepatnya masa berlalu. Takpe semah, nanti bulan 9 kita gi honeymoon ye. Hikhik. Berbalik pada dayana, disebabkan kitorg tengok seluruh proses dari dia mekap, bersiap,akad nikah sampai la ke kenduri, so bila dah balik ni rasa mcm something missing. Perasaan yang sama bila dah follow cite Supernatural selama 8 season, alih2 last week dah final episode. Rasa kehilangan sesuatu. Rasa kosong je hidup ni. Aku rasa perasaan ni mesti lg teruk lepas syaz dah kawen nanti. Sobs T_T Dan aku rindu pulak dengan Syaz and Semah. Ntah bila boleh jumpe lagi. And now, i'm back to my real life. Life yang takde hiburan dan sahabat disisi. Sedihnya rasa. Apa2 pun, selamat pengantin baru Dayana! Semoga bahagia sehingga ke Jannah dan jangan garang2 sangat ye. Haha.

Monday, April 22, 2013

22 April 2013

S,
Hari ni sepatutnya jumpa dia yang dah lama saya tak jumpa. Semangat saya bersiap tadi. Saya dengar ada sms sampai. Saya ingat dia bagi sms kata dah bertolak. Saya biar je sms tu, tak baca lagi. Saya teruskan bersiap. Pastu bila saya baca, rupa2nya dia kata cancel. Saya kecewa sangat. Walaupun nak jumpa kejap je, tapi saya tetap rasa bersemangat td. Dia kata takleh jumpa sebab hujan. Tapi tempat saya tak hujan pun. Sampailah saya kat kulim, tak hujan pun. Tapi saya reply "okay". Malas nak cakap banyak. Sebab saya tak suka orang cancel plan at very last minute. Saya dah tak ingat ini yang kali keberapa dah jadi macam ni. Sepanjang drive td, saya fikir semua yang terjadi dalam hidup saya. Dari dulu lagi saya selalu cakap "Mungkin saya memang ditakdirkan hidup dalam keadaan mcm ni". Dia pun tak cakap sorry kat saya. Saya pasrah :)

S,
sampai je Kulim td, terus saya ke Silterra. Saya sedih. So, kalau saya buat kerja, saya tak sedih dah. Nampaknya, next week kena la saya kerja lebih masa lagi. Kalau saya sibuk, saya takde la ingat benda2 sedih ni. Balik keje lambat, sampai rumah terus siap2 untuk tido. Jadi saya takde masa nak fikir bukan2. Betul tak? :)

S,
Agaknya sampai bila ye saya nak mcm ni? Kalau saya luahkan apa saya nak, apa yang saya fikir dan apa yang saya rasa, saya akan menyusahkan semua orang. Jadi, saya terpaksa simpan semuanya. Saya terpaksa menurut apa yang mereka nak. Sejujurnya saya taktau saya bertahan atas alasan apa. Saya dah tak kenal siapa diri saya sekarang. :(

Okaylah, saya nak solat. Assalamualaikum. :)

Sunday, April 14, 2013

April - Meaningful month

Cepat cepat. Sementara aku masih ingat lagi event2 yang baru terjadi baik catat laju2 dalam belog. Gitu katanyewwww. Haha.

6/4/2013
Hari pertunangan achik dengan Aisyah. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Tersangat lancar sampai sejam lebih je proses bincang2 tu. Haha. Kesian Aisyah. Mekap dua jam, orang datang sejam je. Sabar la noks. Nanti kawen mekap sejam je k. XD Semua adik beradik aku balik kampung and for the first time dapat bergambar dengan ke enam2 kami termasuk ipar dan bakal ipar dan anak sedara, Aiman. Gahhh, rindu Aiman! Oh, 6 haribulan ni jugak birthday along. Mama tempah kek bubuh nama aku dengan Along, tp aku suruh Along je jadi center of attention. Taknak aku. Buat malu je. Haha



Kak neesha (kakak ipar), Aisyah (bakal kakak ipar yg muda dari iols T_T) dengan kak Fara (cousin)



Aiman aiman aimannnn! dengan kwn sama tahun lahir.Jap,anak sepupu dengan anak sepupu jadi hubungan ape eh. @_@


Sesi menyarung cincin :)


Hantaran dari pihak perempuan


Hantara dari pihak lelaki


Aiman lagiiiiii. Haha


Pasukan gempur. Gigih 3 orang belakang tuuuu


Gambar lengkap satu family (Tanpa abah)


Aiman,mulut jgn muncung sgt pls.


8/4/2013
Hari aku kerja. Dengan letih pasal kenduri semua, pastu keje lak menimbun. Kena setel semua hari ni jugak sebab esoknya sampai khamis aku cuti lagi. Jangan tanya cuti apa. Susah nk explain. Haha.
Pastu, bos panggil untuk Annual Review. Kat tangan dia ada sampul putih. Ingat surat amende. Rupa2nya surat promotion and salary increment. Alhamdulillah, Ya Allah :) In shaa Allah,kalau buat kerja dengan ikhlas, tanpa perlu menunjuk, Allah akan balas dengan setimpalnya :) . Jangan komplen kat twitter pls. Annyoing tau tak! (tibe2)

And now, i am Senior Process Engineer 1 XD


Lastly,gambar aiman lagi. Hahahah.






Saturday, March 23, 2013

March and Love

Errrr, mcm geli pulak tajuk. Haha. Tapi bagi aku bulan March macam bulan yang penuh kasih sayang sebab ramai orang kawen time ni. Boleh terima ke alasan ni? Haha. Whatever. Tapi betul la. Abang aku pun kawen bulan March. Pastu yang latest, eh tak jadi lagi. Yang latest-bakal kawen ialah Din. Partner sama umur, sama shift, sama faham joke, sama2 usha orang lalu lalang depan cube kitorg, sama2 orang Perak and etc. Tapi dia terlebih ramah dengan gila dari aku. Haha. Kenduri dia 30 March uols. Terharu iols. Tapi tak sure boleh pegi ke idokkk. Apa2 pun, tahniah Din. Dalam seminggu before dia nak cuti kawen tu, macam happy terlebih pulak budak ni. Hyperactive semacam. Gembira betul dia. Masa last day haritu lagi la. Asyik keje nak nyembang and mengarut je, and sape mangsa kena layan? Aku ler, sape lagi. Udahnye tempat aku sebelah dia je. Nak toleh belakang, Som tak datang. Dia attack orang sebelah kanan dia ni la T_T Tapi, rasa mcm bertuah sungguh tunang dia. Memang nampak sgt kat mata dia yang dia tengah bahagia and in love. Time dia sembang dgn tunang dia on the phone pun, dengar mcm sweet sangat. Sorry Din, tercuri dengar. Sape suruh ko duduk tak sampai sedepa dari aku >.< Aku rasa, that is the sweetest moment ever. Aku ni jarang nak cakap sesuatu benda tu sweet. Kalau setakat tgk Aaron Aziz dalam Ombak Rindu ke, Adam dan Hawa ke, urghh. Tolong. Tak rasa langsung sweet tu. Anyway, aku tak tengok pun cerita2 tu. Saja bagi contoh. Cerita2 cheesy mcm tu aku tak layan. Tolong la. Tapi, si Din punya situasi memang sweet betul. Style kena tgk sendiri, pastu rasa sweet tu sampai ke hati sampai kita pun tersenyum sendiri. Ini la first time aku tengok sinar cahaya cinta kat lelaki. Apsal time tulis ayat tu aku mcm terbayang situasi dalam cerita Hanakimi. Ala, yang laki sorg tu boleh tengok aura kat orang lain. Laki tu dah la berlakon dalam cite Kamen Rider Kabuto. Sama la jugak dengan Nanba senpai tu. Ok, melalut kamen rider pulak dahhhh. Haha. So,analoginya, aku boleh nampak aura pink kat sekitar Din. Wohooo.

Akhir kata, tahniah Din sebab berjaya membawa hubungan ko ke level yang lebih diberkati Allah SWT. Dengar cite bercinta dari zaman skola uols. Hihi. Tapi cmni ah, kawen awal sgt. Nanti mesti orang2 kat office attack aku pulak. Nasib badan T_T

Friday, March 8, 2013

International Women's Day

Jumaat hari tu hari wanita sedunia. I dont care. Because last three days was the worst day of my life.
I've never thought that people will simply judge me solely based on my project's progress. Yes, i'm talking about my work here.
I dont know what else should i do. They asked me to do some of the A's (bukan nama sebenar) task because she is busy with the so-called big issue on her process. Ok, i'm willing to help her. After all, i was the ex-owner of that process. I've been doing all those stuff that are not related to my current process just for the sake of helping her. And somehow, i neglected my own project. It was on hold for a while. I must admit that this is my own mistake. I cant focus on that project. I just cant. You know the feeling of handling two totally different type of process and at the same time people keep pushing you to hit the dateline. It's like you have to cut your brain into two sections, so that they can work and think individually. I dont expect you to understand. I know that you dont even care. Just let me have some space to let all those feelings out of my chest. Because they are eating me up :'(

And last Thursday, they were questioning about my effectiveness. They were wondering why my project has been slowing down lately. What should i say? I have try my best to fulfill their request. They dont even care about the works i've done for A that have been occupied me. They dont care about all those things that i've done previously. I should just say no when they were asking for my help. I should just say no when they keep transferring me to different process ownership. I should say "Please, leave me alone. I was just 5 months old with this new process, and you expect me to master all? The last owner was given 1 week to pass down everything to me. I was struggling to understand this process by myself. I'm learning everything by myself. Do you even care about that?" But again, they are the bosses. I am just the slave to the company. What else can i do.

I just hope that there is someone,somewhere that didnt judge people by eyes, instead he/she judge people by heart and brain. I am sick with people taking me for granted. I am sick of everything. If appreciating me is something too much to ask for, then just leave me alone.

Tuesday, January 29, 2013

Relationship

"Personally I believe a person need to make themselves whole first in terms of social life, finance, career and maturity, then they're in the right state of mind to decide if they're ready for a relationship.

Most people jump in a relationship hoping to find that one person to make them whole, hence when the fog is lifted the disappointment starts to sink in. Most people can't cherish their partners because they didn't fix the issues with themselves to begin with.

If you constantly can't live with your own skin, what makes you think you can manage another person in your life? Constantly needing to receive validation from others signals that you're insecure about yourself to begin with" - anonymous,2013.

Friday, January 18, 2013

2012 in memory

Assalamualaikum...

Dah nak habis bulan Januari 2013,baru la aku nak tulis post ni. Uhuks. Saja sekadar nak cukup syarat,nak mengimbau kembali kenangan2 dan pencapaian2 sepanjang 2012. *ade keeee?* haha

Takde ape pun perkembangan drastik dalam hidup aku. Status masih bujang. *forever bujang :( * Masih lagi setia dengan Silterra. Masih lagi tiada smartphone. Masih lagi same old baishatul. Social life lagi la tak berkembang :(

Bab pekerjaan, masih belum tau lagi sebab review dlm bulan 3 nanti. Tapi awal tahun 2012, bos bagi kejutan. Aku ingatkan performance aku so-so je. Tapi dia cakap i am one of the best. So he gave me "high performance" during my last review. Alhamdulillah. Tapi itu review untuk 2011. 2012 belum tahu. From my own observations, most of my projects completed. And i've been transferred to new process (which i'm still learning and exploring) and i must say i enjoy this new experience. Tapi this new process mcm not much issue like my last process. So no big improvement project needed. So far ada dua projects which require a lot of evaluations and testings. It's ok. I think i can handle that. My last boss has been promoted to be our Head Of Department, so our super senior engineer,has become my new boss. Both of them are good friends but with different personalities. One is down to earth type, less talking more working, has systematic working style, and very soft spoken. The other one is genius but talk too much. More outgoing but a bit 'cakap besar' type. I must say that my respect goes to the first one maybe because i used to work with the second one since the first day i'm at Silterra so feels like he is one of my colleague,not my boss. The later one is my current boss indeed. @_@ And lately i always express my unsatisfactory to him. Haha. Rebellious baishatul :P

So, on 2012 few of my friends get married. Ok tak ingat sape sebab ramai sgt and confused dengan taun 2011 punya wedding ceremony but the closest one is Syamira. Happy for you. Kurangkan membebel tau. Haha. And i believe more and more of my friends will be get married on this year (2013). Dont ask about me. I dont even sure about my life plan. Sad, but that's the truth. Kalau ikutkan my initial life plan,which i did when i was 17, the ideal age for me to get married is when i'm 26. But Allah knows best. :) I dont want to question that. But i always pray supaya Allah dekatkan my jodoh,supaya hubungan yang masih tidak halal ini cepat2 jadi halal, supaya aku tidak menanggung lebih banyak dosa dengan meneruskan hubungan ni. I've been waiting for too long, and i'm not sure how much longer should i wait. Yes,i have options. I can simply end this relationship and looking forward to more barakah relationship, but i guess my iman is still too weak. I dont dare to do that :( Ampunkan aku ya Allah :'(

At the end of 2012 which is on 12/12/12 to be exact, dapat anak sedara! syukur Alhamdulillah. It's a boy, and i'm sure my brother will shape him to be like him. Marvel Superhero freak. Haha. Tak sampai 2 minggu budak tu lahir dah suruh pakai baju Superman -_-'

Anyway, as for 2013, i'm thinking of changing my lifestyle. I'm 25 this year, and should be more mature, more independent, stronger heart and improve my ibadah. There is something that i always wanted to do, but hesitate for no reason even though it's a must for muslimah and alhamdulillah i've started to do that now. Hopefully i will istiqamah in doing that till the day i die :)

So, i wish happy 2013 to everyone, improve ourselves, improve our ibadah, improve our iman and be closer to Allah. In shaa Allah. And please pray for me as well :) And here i share my nephew's picture with his superman shirt :)


,




Saturday, December 15, 2012

Perubahan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera :D

Lama betoi tak rage kat sini.haha. Either takde idea or no special occasion to tell or story about. Yeah,i have such a bored life,i know. But i dont even feel bad, because that's me. I love to be alone and do my own things. Some might say i'm the "forever alone girl", but like i care. Dont judge me if you dont even know me.

But what hurts me the most when someone expect me to change. To be like everybody else. Trust me, i have done everything i can to change myself,but to no avail. I am still me. This is me. This is how i walk my life. I might not have many friends like you do, but all friends that i have right now,are true friends. I might always give bad first impression to everyone that i just met, but trust me. They always ended well. I might look introvert, always have "socially awkward" situation, but once i knew you well, i will treasure you like there is no tomorrow (wah,propa sgt ke?) So please, dont expect me to be like someobody else, because that simply means you dont accept me as i am. And i dont think this will end well for us.



Friday, September 21, 2012

Takziah

Yesterday i was surprised by a news from my friend. Abbas's mother passed away. I was really shocked. Sebab baru malam tu aku chat gelak2 dgn Abbas kat FB mcm selalu. Actually that was our first chat after they went to cameron highland. Aku sengaja taknak sembang dgn dia sbb jealous tgk diorg seronok holiday sana. Aku ego kan diri tak tegur Abbas. Aku sepatutnya tegur dia lama dah, boleh aku tau dia ada masalah ke ape ke. Tapi instead, dia yg tegur aku semalam and macam biasa mesti tanya aku ok ke tak. Abbas selalu tanya pasal keadaan aku, dia la satu2nya yg selalu ambik tau pasal aku. Dia cite pasal kaktus dia budding, pasal ikan dia dua ekor betina, pasal cite charmed,pasal henset die, then tibe2 aku terpaksa keluar FB sbb ade keje. Abbas kate dia nk main FB sampai tertido. :')

Bila dpt sms dari Syaz semalam,aku terkejut gile. Aku tak tahan, terus pegi surau menangis. Aku menangis sebab aku tau Abbas mesti tengah sedih gile. Aku menangis sebab aku menyesal tak tanya khabar die selama 3 minggu. Aku selalu dapat baca apa yg Abbas rasa and fikir and i literally can feel how he feels right now. We were connected by heart. Selalu kalau aku sedih,mesti Abbas tibe2 muncul and tanya "kau ok ker bye?" walaupun aku tak cakap or tunjuk ape2 pun. Aku harap sangat2 Abbas dapat tabah dan kuatkan semangat,aku tau die boleh. Abbas yg aku kenal sgt kuat smgt die. Tak pernah putus asa. Malah dia lah salah satu sebab aku dapat lalui hari2 aku kat UTM dulu. I can tell him everything and he's always willing to hear.

Abbas,kalau dulu kau selalu dengar ape aku membebel, ape aku luahkan, ape aku persoalkan, kali ni aku nak kau bagi peluang kat aku untuk buat benda yang sama kat kau. Aku harap aku dapat ringankan ape yg kau rasa. Kalau la boleh, nak je aku drive pegi kelantan. Tapi aku tak mampu :( Aku hanya dapat doakan semoga arwah di tempatkan dgn orang2 beriman dan kau and family tabah harungi semua ni. When you are ready to talk and need someone to talk to, call me,sms me,inbox my FB, tweet me, i'll be there for you. Aku nak jadi sahabat kau di saat gembira dan sedih. Aku anggap kau dah mcm keluarga aku sendiri. Dengan kau je yang aku betul2 jadi diri sendiri. I may not good with words, but i can share the feelings with you. Be strong :')



Al-Fatihah


Saturday, July 28, 2012

Older and matured?

Hi my followers! (ayat abbas) haha. Rasa nak sepuk je. Anyway, hari ni aku nak menaip panjang2 lagi (as usual) sebab benda yang terbuku lama2 kena salurkan jugak sedikit banyak sebab nanti aku jadi gila. Aku rasa tekanan darah pun dah makin naik. Uuuuu~what ever.

Oklah,apa yang aku maksudkan dengan older and matured tu sbb merujuk kepada perihal diri aku. Bajet dah matured ke bye? Haha. Takdelah,aku macam terasa perubahan diri aku. Sekarang ni aku dah tak minat nk melayan benda2 yg tak berkaitan dengan kerja or family aku. Obviously aku letakkan family aku first, and second is my work as my life priority. Workaholic much? (Wuekk!) Haha. Sekarang ni malas nak fikir benda2 yang boleh mengganggu jiwa dan raga aku. Malas nak berjiwang2. Tak berminat. Taktau sebab apa. Adakah sebab dah semakin meninggalkan zaman remaja? Kadang2 aku terfikir jugak,maybe sebab aku melibatkan diri aku kat dunia industri terlalu awal sehingga terpaksa melupakan zaman remaja aku? Maybe~ Oh,yang menyebabkan aku rasa tekanan mcm aku mention kat first paragraph tu of course related to work. Tapi malas nak whining2 kat twitter/fb/whatsoever-social-network sbb for me,hanya budak2 je yang buat public whining2 ni. Hahahahahaha. Gelak lebih sikit. Butthurt? Please do.

Yang aku paling pantang dengan perangai manusia ni adalah terlalu suka judge orang based on their rough view. Contohnya mcm orang tu berehat2 time weekend, tido sepanjang hari time weekend,mula la kata, " Ala,ko boleh la.Tido je sepanjang hari.Takde byk keje macam aku". Urgh. Padahal si polan tu kerja siang malam time weekdays, and the only time he/she can rest is on weekend. Haih. Too many typical mind people in this world. I cant take it anymore. Bagi dia, dia je la yang banyak kerja. Dia je la yang sibuk. (Tangan aku dah ringan je ni nk tampar orang). Marah sangat kan bunyi nye aku ni? Haha. Sabar2 bye. Bulan Ramadhan ni. Aku kalau orang sentuh perihal kerja aku or judge/complain ke ape, aku rasa mcm suis kemarahan aku di turn on kan. (amboih,rojak tak ingat). Kau taktau kerja aku mcm mana,kau nak judge2. Cuba kalau aku lempar ko buat kerja aku, confirm ko takleh terima. Too much pressure. Pressure from the bosses, pressure from the issues, pressure from the cycle time, pressure there,pressure here. Ok,stop. Malas nak cerita. That's why i dont prefer to hear people talking about their work load once i got back from my office. I try to make my mind in peace from anything related to work,even from other people because anytime/anywhere je otak aku ni kena fikir pasal kerja once received alert from people in the line. I have to treasure each moment free from work whenever i can. Kadang2 baru je nak pejam mata nak tido, dapat SMS blablabla. Dan2 je kena bukak laptop buat kerja. So,yeah. Please find anyone else if you want to whine about your workload.

Aku sendiri susah nak meluahkan perasaan aku everytime i have problems or i'm too much under pressure. Sebab kadang2 comment diorg tak membantu malah membebankan lagi. So far, the only person i can easily tell him everything in my mind (apart from my sibling) is my bestfriend (You know who you are) He is the only non-typical mindset person i've ever know and he is more or less have similar personality with me. Tapi takde la each time nak cite kat die kan sbb aku mmg jenis tak suka nak memuntahkan masalah aku. Haha. Tapi sejak akhir2 ni dah jarang sembang. Dia dah besar,aku kena melepaskan dia pergi hidup dalam dunia pilihan dia (bunyi mcm anak sendiri.haha)


Anyway people,my advice is please please and please dont judge people too much. Stop whining, start doing work, and make improvement. Till then!





p/s :My blog has becoming more and more like personal diary. Haha. I dont care. That's what a blog should be.




Monday, June 25, 2012

sedikit titipan

Agaknya nuffnang ni sayang aku kot. Berbulan2 tak update pun still diorg kasi BE kat aku. Terpaksalah update nak menunjukkan tanda terima kasih tu. Uhuk.

Oklah,nak cite ape nih. Herm,takde benda menarik berlaku. Jom bincang perihal perasaan nak? What should i do if the feeling is not there anymore? It's not that the feeling just suddenly disappear, maybe it's because of the stagnant environment and situation. And today, i randomly stumble upon this article :


"I just recently got dumped by my ex girlfriend because she said that her feelings has changed and is not the same. We was together for 5.5 years and saw her as the one I want to spend the rest of my life with... She also said the reason she dumped me because I took her patience for granted and that I got too comfortable in the relationship and felt like I have all the time in the world... She wanted everything from me, marriage and kids the whole nine. She also feel like that I will never change my ways and will always be me. That she bent over backwards for me and never did anything for her. Which is not completely true. I was there for her, love and cared for her. She also think that I'm selfish because I never gave her what she wanted, during the time she wanted it ( Proposal, marriage, and kids).. I just felt like I wasn't financially and emotionally ready. I told her that, and also told her that I never doubted her. That I wanted to marry her, I just needed some time... But I guess she lost her patience and gave up on waiting for it. We been having this issue for about 6 months and tried to work on it. It came to a point now where she finally dumping me, she said that she still loves me, but her feelings has changed, there's no more spark and she's not happy with the relationship.

Last night we had a talk, she pretty much told me the same thing, that she can't do us RIGHT NOW multiple times... Why is she saying right now? When she's dumping me. When she should be saying she can't do us anymore period.. So I just told her that I didn't want it to end this way and this is not what I want. I told her that I would still love to marry her and give her what she wants. I told her I'm sorry for the things I've done and that it didn't work out between us. Also said that I hope she can find someone who will make her happy.

My feelings is like a roller coaster... I don't want to lose her and still want to be her and make things work. But after realizing the things she said, I feel like it's not my choice anymore and there's nothing I can say or do that could change her mind.. I'm hurt, angry, and confused... I don't know how to feel.

Is it possible that maybe she just needs some time to figure out what she really wants or how she feels... Or from the things she said, is it pretty much clear that she don't want to be with me anymore...

I've been reading a lot of article about girlfriends dumping their boyfriend almost for the same reason of feelings not being the same and being unhappy but later on them finding out that they felt like they made a mistake and really love that person.


Please I need some feed back... I need some advice on how take these and what to do from here...

Thanks I appreciate it..."




and based on the responses, i think this one is the best :



"You don't marry someone when times are good. You marry because you love each other, because no matter what happens, either losing all your money or becoming rich, you will always have each other. She obviously wanted to stand next to you through your tough times.

Saying you don't want to get married because you're not financially stable, to me, is just another excuse.

I think you lost her... "



what do you think?

Monday, May 28, 2012

My past is still hunting me

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Dah agak lama aku tak menaip disini. Hajat di hati nak post bila ada event2 or benda2 special terjadi,tapi sebab takde makanya senyap sunyi lah blog ku ini. Nampak agak pathetic tapi life has to go on. Hari ni aku tergerak hati nak bercerita tentang masa lampau aku. Dalam buku kehidupan aku ni,macam2 perkara telah aku lalui sehingga benar2 menguji mental dan fizikal aku. Malah perkara2 inilah yang telah membentuk jati diri dan gaya hidup aku sekarang. Terlalu banyak cerita tapi apa yang aku nk coretkan disini adalah tentang persahabatan.

Aku tak tau orang2 disekeliling aku sedar atau tidak yang bahawasanya aku tak punya ramai kawan. Aku benar2 memilih kawan lebih2 lagi sahabat. Aku juga agak kekok untuk bersahabat rapat dengan perempuan. Kenapa? Inilah yang akan aku rungkaikan pada hari ini.


Dari sekolah rendah hinggalah ke tingkatan 3, aku sentiasa diiringi dengan kawan2 perempuan yang amat rapat dengan aku atau nama lain nya geng. Masa sekolah rendah, aku bersama2 3 lagi sahabat aku memang terkenal di sekolah. Kami berempat sama2 cemerlang di bidang masing2. Contohnya F, cemerlang dalam sukan, U cemerlang sukan dan pelajaran manakala aku dan T sama2 cemerlang dalam pelajaran. Tapi bila masuk sekolah menengah,masing2 masuk asrama hubungan kami semakin lama semakin renggang hinggalah tidak berhubungan langsung sehingga skrg ditambah dgn ada yang dah berpindah ke tempat lain. Di menengah rendah, aku belajar di MRSM Lenggong. Aku merupakan batch pertama. Disinilah berlaku episod hitam dalam hidup aku. Aku sangat2 rapat dgn 2 orang roommate ku dan 2 orang classmate ku. Aku namakan mereka disini sbg Y,H,Z dan S. Ke mana sahaja kami mesti bersama. Aku dah anggap mereka seperti keluarga aku sendiri. Dengan mereka lah aku belajar tido sekatil, bergaduh guling2 (bukan gaduh betul2), berpeluk sesama kami malah banyak lagi perkara yang merapatkan hubungan kami. Tapi aku akui tatkala itu umur aku yang masih muda maka banyak kekurangan dalam diri aku. Aku seringkali terlepas cakap sehingga melukakan hati mereka. Aku selalu begitu bila terlalu seronok atau bergurau lebih-lebihan. Banyak kali aku cuba ingatkan diri aku supaya jaga percakapan dan perlakuan aku. Mungkin bagi aku bila dah terlalu rapat,semua gurauan tu dapat diterima mereka. Mungkin juga disebabkan aku yang di lahirkan dalam keluarga yang ramai lelaki menyebabkan gurauan aku sedikit kasar.

Sehinggalah pada suatu malam, aku yang sedang tidur dikejutkan oleh Z secara tiba2. Dalam keadaan mamai, aku dapat lihat Y pun turut dikejutkan (Y adalah salah seorang classmate yg aku sebutkan td,cuma mlm tu dia tidur di bilik ku). Y yang agak liat bangun lalu dikejutkan dgn agak kasar oleh S. Terpinga2 aku. Lalu kami berdua disuruh ke bilik lagi satu. Aku lihat turut ada dalam bilik tu adalah H. Rupa2nya malam itu merupakan "judgment night" utk aku dan Y. Macam2 luahan tidak puas hati dan amarah dilemparkan kepada kami berdua. Masih lagi terngiang2 di telinga aku suara2 tinggi mereka dan hentakan2 mereka. Aku tak sangka sampai begitu skali mereka memendam rasa pada aku. Dan aku amat terkejut sekali yang roommate yang aku anggap seperti sebahagian dari hidup aku turut sama menghukum aku. Memang tiada sebarang physical contact berlaku, tapi bagi aku mental abuse is much more worst than physical abuse. Sebab kesannya masih aku rasa sehingga sekarang. Mungkin mental condition aku sendiri yg kurang stabil hingga tak dapat melupakan semua yang berlaku. Dan ingin aku tekankan disini bahawa, semangat aku sememangnya sangat2 lemah jika dimarahi tau ditengking oleh sesiapa. Banyak lagi perkara yang berlaku di MRSM Lenggong,tapi aku rasa biarlah itu tersimpan dalam lipatan sejarah aku.


Sejak hari itu, aku takut nak berkawan rapat dengan sesiapa pun lebih2 lagi perempuan sebab aku ragu2 yang mereka dapat terima cara dan perlakuan aku. Tiap kali bercakap dengan rakan perempuan, aku terpaksa berlakon. Berhati2 dengan gaya bahasa aku, dan kadang2 sehingga aku sendiri rasa kekok untuk bercakap. Malah,aku lebih gemar mengelak dari bertembung dengan mereka. Tingkatan 4 aku berpindah dari MRSM Lenggong ke MRSM Taiping. Sejak itu aku tiada lagi rakan2 rapat yang ke mana sahaja bersama aku. Aku lebih suka seorang diri. Tapi aku juga gembira berkawan dgn rakan2 sekelas aku. Sangat2 gembira. Kegembiraan aku hanyalah di kelas. Balik ke dorm, aku menjadi diri aku yang asal. Sikap menyendiri ini berlanjutan sehingga ke UTM. Pernah suatu masa aku menangis sebab benci dgn diri aku yg susah nk berkawan dgn orang. Aku rasa sunyi. Tapi alhamdulillah, as time goes by, aku dapat merawat sedikit sebanyak luka di hati aku dengan kehadiran mereka2 yang aku sayang (Abbas, Kerol, Emma,Min) Walaupun bukanlah 24/7 aku dgn mereka,tapi mereka dapat terima aku seadanya. Tak penah skali rasa tak puas hati dihamburkan kepada aku. Jujur aku cakap, dengan merekalah aku menjadi diri aku yang sebenar,lebih2 lagi dengan abbas dan kerol (maaf,masih lg ada perasaan takut utk berkawan dengan perempuan). Malah aku tau,abbas dan kerol turut sama menyedari yang aku kurang rapat dengan coursemate perempuan yang lain. Dan kini, kami semua dah terpisah atas urusan masa depan masing-masing. But i do treasure this friendship very much. I really do. Di Kulim,aku masih lagi sendiri. Meneruskan hari2 aku tanpa sahabat disisi. Aku dapat rasakan yang social life aku semakin teruk. Aku tak pernah keluar berseronok dengan sesiapa disini, tak pernah keluar makan dengan sesiapa dan tak pernah shopping bertemankan sesiapa. Weekend, aku akan balik ke kampung atau terperap dalam rumah sewa aku. Aku taktau sampai bila perkara ni harus berterusan.


Aku ingin memohon maaf kepada sesiapa sahaja yang terasa tatkala membaca luahan hati aku ini. Aku masih lagi dalam proses membaiki diri. Dan aku mohon sangat memahami keadaan aku andaikata aku seringkali cuba menjauhkan diri atau tak pandai beramah mesra dengan mereka yang baru aku kenali. Terpulang nak percaya atau tidak dan bukanlah niat aku untuk meraih simpati atau apa sahaja. My heart and my trust have broken into many pieces, i need time to mend those little pieces and recover myself. I'm sorry.





28th May 2012
4.36 PM



Friday, April 13, 2012

Plant Design+UKM+Kenduri

Kemain lagi tajuk. Okla,sebelum bercerita lebih lanjut,aku nak imbas balik kisah dua taun setengah yang lalu. (Entah betul ke idak dua taun setengah tapi yang pasti last sem utk fourth year. Malas aku nak kira) Sem yang terakhir merupakan sem yang padat dengan project. Project plant design dengan FYP. Ok,tak kisah la busy pun,aku suka busy2 ni. Ditakdirkan pulak SV utk group Plant Design aku adalah Dr Halim. Aku penah cite pasal dia kat SINI. Haha. Budak2 SKB memang dah sedia maklum dengan ke'strict'an dan ke'kamikaze'an Dr Halim ni. Since group aku buat pasal chitosan dan susah nak cari the processing information in industrial scale kat Malaysia ni, kitorang try mintak ilmu dari prof2 kat uni lain dan Alhamdulillah aku dapat contact sorg Prof UKM ni. Dan ditakdirkan jugak dia hanya free Khamis minggu tu saja,sebab dia akan outstation utk 2 minggu which is sangat lama utk tunggu dia balik. Bila kitorg bagitau kat Dr Halim, dia dengan selamba cakap, "So,pegi je la esok (hari Khamis. Time dia cakap ni dah hari Rabu). Saya tak nampak apa2 masalah pun". Dalam hati kitorang,memang la dia tak nampak apa2 problem,sbb bukan dia yang kena pegi. Nak taknak,terpaksalah plan jugak. Since the other 2 group members takleh pegi sbb ada FYP (duhhh, mcm aku takde FYP nk kena buat), makanya tinggallah aku,Syamira dengan Toha. Dan lebih menyedihkan, aku dengan Syamira takde duit langsung sbb MARA tak masukkan elaun lagi. T_T Kenalah pinjam duit Toha untuk sepanjang trip mengejut tu. Kesian Toha. Dah la kena skip kelas ....,ok tak ingat kelas apa. Sorry Toha, yang penting dia ada kuiz la utk kelas tu. Sanggup dia skip semata2 taknak ktorg dua pompuan je yang pegi. Terharu. T____________T So, malam tu jugak beli tiket g Seremban (sbb plan nak naik KTM ke amende train ntah. Tak ingatttt!) ke Bangi. Esok pagi2 terus bertolak. Masing2 takde transport,terpaksa la pegi naik kenderaan awam. Sampai je kat UKM tu (ktorg menapak je dari train ke UKM) dah lost dah. Dengan takde org yg ktorg kenal, dengan tktau selok belok UKM nye, dengan laparnye, so masing2 dah start emo sikit. Berbekalkan plan UKM yang aku print out, ktorg pun berjalan2 la dlm UKM tu. Dah penat sangat, random je naik bas kat situ. Pastu main benti je kat mane2. Dekat sejam jugak cari, akhirnya jumpa gak fakulti tersebut. Pastu tunggu pulak la Prof tu datang. Ktorg 3 orang bersidai kat corridor. Penat gila. Rasa nak nangis. Ok,dah jumpa Prof tu, ktorg kena balik terus sbb dah beli tiket. Tapi lapar memang tak ingat la, pinjam la duit Toha nak pegi makan tapi masalahnya tak jumpa Cafe!!! And orang pun takde nak bertanya2. Aku rasa time tu semua dah under pressure sgt, sbb tu malas nak cari orang tanya. Nak tak nak, pegi je bus station balik. Nasib baik ada kedai kat situ, tu pun dah mcm uzur je. Haha. Bayangkan satu hari tu berjalan,malam baru dapat makan. Aku kesian gile kat Toha sbb dah la kena kuar kan duit, pastu kena jaga kitorg pastu kena korbankan markah kuiz die. Ni la antara pengorbanan Toha aku takleh lupa. T______________T Dannnnnnnnnnn, pada 1 April 2012 haritu, Toha dah selamat menjadi suami kepada Nurul Akma (Yuyun). Alhamdulillah. Aku doakan perkahwinan dia dgn Yuyun kekal sampai ke syurga dan di rahmati Allah SWT dan aku yakin Toha dapat jadi suami yang baik. :) Toha jugaklah merupakan groupmate aku yang first sejak masuk SKB dulu. Saje nak mention. Haha. Tahniah Toha!!! *Dah seminggu baru aku nak post.haha*
(Gambar semua curi dari FB MKHakimi.Kiki. p/s : Sofabed ktorg kasi dah dapat belum?haha.

Friday, March 23, 2012

Life Insurance

I just surrender my life insurance policy today. I've been thinking to do so since last month,actually last few months and the feelings just become immense since last month. Why? Simple. It burdens me. RM300++ monthly is alot for me. Well,cancelling the policy did costs me a few thousands, meaning that i did not get full refund for what i've paid before. I only manage to get 10% out of the total cash value. But that's ok. Money can be find and i just need to rest from paying so much things. Car, rent, bills, petrol, car maintenance, money for my parents, food and many other stuffs. Not to mention, everything is expensive nowadays.

One of my colleague did tell me that, insurance is optional. But sometimes,people tends to fully rely on insurance for their life safety instead of rely on Allah SWT. Just like," Ok,i have insurance now. My life is safe. I'm in 100% full protection." See there? It's like you are diverting your iman from Allah SWT. When i heard his words, i was startled because that was my thought all this while. I forgot about all of this coming from Allah. Allah gives you rezeki, Allah gives you obstacles and Allah gives you protection. And i keep on working, doing OTs just to make sure i have enough money to pay for my life insurance. This is sad. My only goal while working is to get money. I dont value working life anymore. He also said, if insurance is crucial and necessary, what happen to all those poor people? The dont have enough income to pay for insurance. Allah absolutely wont burden you with all these things. And one more thing, my "ex" insurance company is not Islamic based company and this is somehow doubtful. Well, i was innocent and naive when the agent approach me (He is indeed my other colleague).

That's why i was so determine to surrender my policy. Now i'am free from the burdening payment and i also have other insurance just in case; my company's insurance. In Islam, everything we do must based on DUIT; which are Doa, Usaha, Ikhtiar, Tawakkal. Eventhough i lost some amount of money, but i have to take that as 'not my rezeki'. After this, i can easily give my parents money without hesitation and save some for my future. Insya'Allah. Maybe i will buy my life insurance after a few months and surely from Islamic based company and also wont burden me with the payment.Just my 2 cents.

Wednesday, March 21, 2012

I dont know what to say anymore






last sentence is just WIN!

Thursday, March 15, 2012

Suatu Masa.

Ada suatu masa kita akan berasa fedup dengan sesuatu. Rasa nak menjerit, mengamuk dan mempersoalkan kenapa mesti kita lalui semua ni. Semua orang disekeliling kelihatan seolah2 musuh bagi kita. Apa saja yang disebut mereka, pasti menimbulkan perasaan sakit hati, tidak puas hati ataupun menyampah dalam diri. Dan kata2 kesat seringkali dihamburkan samada secara berkalis mahupun direct. (Depends on person and situation). Rasa nak duduk di dalam bilik, kunci pintu serapat2nya dan mengasingkan diri dari dunia luar. Lalu air mata menjadi peneman yang setia.




Ya, aku selalu melalui situasi seperti itu. Malah setiap bulan. Haha. Welcome to my PMS world, brah!

Wednesday, March 14, 2012

My first groupon purchase

hihi. (ape kejadah gelak tibe2)
Aritu beli frollic shoes guna groupon sbb ada less. Oh,btw frollic shoes ni fold-able shoes. Mcm emergency shoes in case kasut yg dipakai tu buat kaki melecet,or patah ke, boleh pakai frollic shoes ni.



Dulu dah penah usha kasut ni,tp terpaksa pendam hasrat sbb iols mmg kedekut pun uols.sobs.
Tibe2 tgk groupon ada offer ni,terus iols beli uols!!
Harga asal, RM65 tp offer kasi RM39.hihi.
Owner tu cakap akan start delivery 12 March,tup2 tgk 13 March dah sampai parcel.
Terus try pakai dalam rumah.haha.
Anyway,nanti ada lagi die buat offer. Kali ni untuk yg ada corak2 pulak. Aku beli color pewter shell aritu.hehe.







Frollic shoes tu boleh dibeli kat sini


Eeeee,apsal suddenly jadi promoter nihhhh. Biarlah,belog iols tak femes pun. Lagipun,aku nk letak semua benda aku suke kat sini. Biarkan. Biarkan. muahahaha.

Sunday, March 11, 2012

Universal Studio Singapore



Wohooo!
Impian sejak taun lepas dah semakin selangkah ke hadapan untuk termakbul. Insya'Allah. Dulu 4 taun setengah berkampung kat Skudai tu,tapi setapak kaki pun tak penah jejak Singapore *sobs* Itula padah plan-nak-semangat-bagai-tapi-last2-hilang-ditelan-zaman =_= Lagipun dulu student lg, nk kena curi2 masa antara study,class dgn exam mmg susah.


Dan akhirnya, awal bulan 4 nanti aku dengan my wingman (wah,wingman kau.haha) which is Syazreen bakal menghiburkan diri yang lara kat USS setelah bersusah payah planning itu planning ini. Plan asal nak pegi dengan Abbas, Kerol and other wingman yg lain tapi disebabkan hal tertentu,i have to drop them from the list. bahahaha. Takdela, sbb tgk gaya mcm aku dgn Syazreen je semangat. Yang lain dengan financial issue nye,dgn work issue, dgn free time issue (urghh..padahal dah plan dari taun lepas. Anyway,malas nak fikir) And insya'Allah my brother will join us as well. Yeay! Paling tak sabar nak naik transformers ride tu. Hoho.


Seronok sebenarnye planning holiday ni. Tapi kena planning dan ajak orang2 yg supportive la. Aritu trip pegi UTM pun aku plan dgn Syaz. And aku simpan lagi ktorg punye tentative program. Tentative program jd tempat chat =_=




Next trip ingat nak ajak Syaz pegi Bandung pulak since die dah ada passport ni. Hewhewhew (urgh,gelak ape nih?!!!) Mudah-mudahan plan ni berjalan lancar. Amin.












Untuk reference aku :

USS Easy Guide

USS Website

::spell to be cast out::

saya rindu semua orang.