Monday, May 28, 2012

My past is still hunting me

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Dah agak lama aku tak menaip disini. Hajat di hati nak post bila ada event2 or benda2 special terjadi,tapi sebab takde makanya senyap sunyi lah blog ku ini. Nampak agak pathetic tapi life has to go on. Hari ni aku tergerak hati nak bercerita tentang masa lampau aku. Dalam buku kehidupan aku ni,macam2 perkara telah aku lalui sehingga benar2 menguji mental dan fizikal aku. Malah perkara2 inilah yang telah membentuk jati diri dan gaya hidup aku sekarang. Terlalu banyak cerita tapi apa yang aku nk coretkan disini adalah tentang persahabatan.

Aku tak tau orang2 disekeliling aku sedar atau tidak yang bahawasanya aku tak punya ramai kawan. Aku benar2 memilih kawan lebih2 lagi sahabat. Aku juga agak kekok untuk bersahabat rapat dengan perempuan. Kenapa? Inilah yang akan aku rungkaikan pada hari ini.


Dari sekolah rendah hinggalah ke tingkatan 3, aku sentiasa diiringi dengan kawan2 perempuan yang amat rapat dengan aku atau nama lain nya geng. Masa sekolah rendah, aku bersama2 3 lagi sahabat aku memang terkenal di sekolah. Kami berempat sama2 cemerlang di bidang masing2. Contohnya F, cemerlang dalam sukan, U cemerlang sukan dan pelajaran manakala aku dan T sama2 cemerlang dalam pelajaran. Tapi bila masuk sekolah menengah,masing2 masuk asrama hubungan kami semakin lama semakin renggang hinggalah tidak berhubungan langsung sehingga skrg ditambah dgn ada yang dah berpindah ke tempat lain. Di menengah rendah, aku belajar di MRSM Lenggong. Aku merupakan batch pertama. Disinilah berlaku episod hitam dalam hidup aku. Aku sangat2 rapat dgn 2 orang roommate ku dan 2 orang classmate ku. Aku namakan mereka disini sbg Y,H,Z dan S. Ke mana sahaja kami mesti bersama. Aku dah anggap mereka seperti keluarga aku sendiri. Dengan mereka lah aku belajar tido sekatil, bergaduh guling2 (bukan gaduh betul2), berpeluk sesama kami malah banyak lagi perkara yang merapatkan hubungan kami. Tapi aku akui tatkala itu umur aku yang masih muda maka banyak kekurangan dalam diri aku. Aku seringkali terlepas cakap sehingga melukakan hati mereka. Aku selalu begitu bila terlalu seronok atau bergurau lebih-lebihan. Banyak kali aku cuba ingatkan diri aku supaya jaga percakapan dan perlakuan aku. Mungkin bagi aku bila dah terlalu rapat,semua gurauan tu dapat diterima mereka. Mungkin juga disebabkan aku yang di lahirkan dalam keluarga yang ramai lelaki menyebabkan gurauan aku sedikit kasar.

Sehinggalah pada suatu malam, aku yang sedang tidur dikejutkan oleh Z secara tiba2. Dalam keadaan mamai, aku dapat lihat Y pun turut dikejutkan (Y adalah salah seorang classmate yg aku sebutkan td,cuma mlm tu dia tidur di bilik ku). Y yang agak liat bangun lalu dikejutkan dgn agak kasar oleh S. Terpinga2 aku. Lalu kami berdua disuruh ke bilik lagi satu. Aku lihat turut ada dalam bilik tu adalah H. Rupa2nya malam itu merupakan "judgment night" utk aku dan Y. Macam2 luahan tidak puas hati dan amarah dilemparkan kepada kami berdua. Masih lagi terngiang2 di telinga aku suara2 tinggi mereka dan hentakan2 mereka. Aku tak sangka sampai begitu skali mereka memendam rasa pada aku. Dan aku amat terkejut sekali yang roommate yang aku anggap seperti sebahagian dari hidup aku turut sama menghukum aku. Memang tiada sebarang physical contact berlaku, tapi bagi aku mental abuse is much more worst than physical abuse. Sebab kesannya masih aku rasa sehingga sekarang. Mungkin mental condition aku sendiri yg kurang stabil hingga tak dapat melupakan semua yang berlaku. Dan ingin aku tekankan disini bahawa, semangat aku sememangnya sangat2 lemah jika dimarahi tau ditengking oleh sesiapa. Banyak lagi perkara yang berlaku di MRSM Lenggong,tapi aku rasa biarlah itu tersimpan dalam lipatan sejarah aku.


Sejak hari itu, aku takut nak berkawan rapat dengan sesiapa pun lebih2 lagi perempuan sebab aku ragu2 yang mereka dapat terima cara dan perlakuan aku. Tiap kali bercakap dengan rakan perempuan, aku terpaksa berlakon. Berhati2 dengan gaya bahasa aku, dan kadang2 sehingga aku sendiri rasa kekok untuk bercakap. Malah,aku lebih gemar mengelak dari bertembung dengan mereka. Tingkatan 4 aku berpindah dari MRSM Lenggong ke MRSM Taiping. Sejak itu aku tiada lagi rakan2 rapat yang ke mana sahaja bersama aku. Aku lebih suka seorang diri. Tapi aku juga gembira berkawan dgn rakan2 sekelas aku. Sangat2 gembira. Kegembiraan aku hanyalah di kelas. Balik ke dorm, aku menjadi diri aku yang asal. Sikap menyendiri ini berlanjutan sehingga ke UTM. Pernah suatu masa aku menangis sebab benci dgn diri aku yg susah nk berkawan dgn orang. Aku rasa sunyi. Tapi alhamdulillah, as time goes by, aku dapat merawat sedikit sebanyak luka di hati aku dengan kehadiran mereka2 yang aku sayang (Abbas, Kerol, Emma,Min) Walaupun bukanlah 24/7 aku dgn mereka,tapi mereka dapat terima aku seadanya. Tak penah skali rasa tak puas hati dihamburkan kepada aku. Jujur aku cakap, dengan merekalah aku menjadi diri aku yang sebenar,lebih2 lagi dengan abbas dan kerol (maaf,masih lg ada perasaan takut utk berkawan dengan perempuan). Malah aku tau,abbas dan kerol turut sama menyedari yang aku kurang rapat dengan coursemate perempuan yang lain. Dan kini, kami semua dah terpisah atas urusan masa depan masing-masing. But i do treasure this friendship very much. I really do. Di Kulim,aku masih lagi sendiri. Meneruskan hari2 aku tanpa sahabat disisi. Aku dapat rasakan yang social life aku semakin teruk. Aku tak pernah keluar berseronok dengan sesiapa disini, tak pernah keluar makan dengan sesiapa dan tak pernah shopping bertemankan sesiapa. Weekend, aku akan balik ke kampung atau terperap dalam rumah sewa aku. Aku taktau sampai bila perkara ni harus berterusan.


Aku ingin memohon maaf kepada sesiapa sahaja yang terasa tatkala membaca luahan hati aku ini. Aku masih lagi dalam proses membaiki diri. Dan aku mohon sangat memahami keadaan aku andaikata aku seringkali cuba menjauhkan diri atau tak pandai beramah mesra dengan mereka yang baru aku kenali. Terpulang nak percaya atau tidak dan bukanlah niat aku untuk meraih simpati atau apa sahaja. My heart and my trust have broken into many pieces, i need time to mend those little pieces and recover myself. I'm sorry.





28th May 2012
4.36 PM



::spell to be cast out::

saya rindu semua orang.