Friday, April 13, 2012

Plant Design+UKM+Kenduri

Kemain lagi tajuk. Okla,sebelum bercerita lebih lanjut,aku nak imbas balik kisah dua taun setengah yang lalu. (Entah betul ke idak dua taun setengah tapi yang pasti last sem utk fourth year. Malas aku nak kira) Sem yang terakhir merupakan sem yang padat dengan project. Project plant design dengan FYP. Ok,tak kisah la busy pun,aku suka busy2 ni. Ditakdirkan pulak SV utk group Plant Design aku adalah Dr Halim. Aku penah cite pasal dia kat SINI. Haha. Budak2 SKB memang dah sedia maklum dengan ke'strict'an dan ke'kamikaze'an Dr Halim ni. Since group aku buat pasal chitosan dan susah nak cari the processing information in industrial scale kat Malaysia ni, kitorang try mintak ilmu dari prof2 kat uni lain dan Alhamdulillah aku dapat contact sorg Prof UKM ni. Dan ditakdirkan jugak dia hanya free Khamis minggu tu saja,sebab dia akan outstation utk 2 minggu which is sangat lama utk tunggu dia balik. Bila kitorg bagitau kat Dr Halim, dia dengan selamba cakap, "So,pegi je la esok (hari Khamis. Time dia cakap ni dah hari Rabu). Saya tak nampak apa2 masalah pun". Dalam hati kitorang,memang la dia tak nampak apa2 problem,sbb bukan dia yang kena pegi. Nak taknak,terpaksalah plan jugak. Since the other 2 group members takleh pegi sbb ada FYP (duhhh, mcm aku takde FYP nk kena buat), makanya tinggallah aku,Syamira dengan Toha. Dan lebih menyedihkan, aku dengan Syamira takde duit langsung sbb MARA tak masukkan elaun lagi. T_T Kenalah pinjam duit Toha untuk sepanjang trip mengejut tu. Kesian Toha. Dah la kena skip kelas ....,ok tak ingat kelas apa. Sorry Toha, yang penting dia ada kuiz la utk kelas tu. Sanggup dia skip semata2 taknak ktorg dua pompuan je yang pegi. Terharu. T____________T So, malam tu jugak beli tiket g Seremban (sbb plan nak naik KTM ke amende train ntah. Tak ingatttt!) ke Bangi. Esok pagi2 terus bertolak. Masing2 takde transport,terpaksa la pegi naik kenderaan awam. Sampai je kat UKM tu (ktorg menapak je dari train ke UKM) dah lost dah. Dengan takde org yg ktorg kenal, dengan tktau selok belok UKM nye, dengan laparnye, so masing2 dah start emo sikit. Berbekalkan plan UKM yang aku print out, ktorg pun berjalan2 la dlm UKM tu. Dah penat sangat, random je naik bas kat situ. Pastu main benti je kat mane2. Dekat sejam jugak cari, akhirnya jumpa gak fakulti tersebut. Pastu tunggu pulak la Prof tu datang. Ktorg 3 orang bersidai kat corridor. Penat gila. Rasa nak nangis. Ok,dah jumpa Prof tu, ktorg kena balik terus sbb dah beli tiket. Tapi lapar memang tak ingat la, pinjam la duit Toha nak pegi makan tapi masalahnya tak jumpa Cafe!!! And orang pun takde nak bertanya2. Aku rasa time tu semua dah under pressure sgt, sbb tu malas nak cari orang tanya. Nak tak nak, pegi je bus station balik. Nasib baik ada kedai kat situ, tu pun dah mcm uzur je. Haha. Bayangkan satu hari tu berjalan,malam baru dapat makan. Aku kesian gile kat Toha sbb dah la kena kuar kan duit, pastu kena jaga kitorg pastu kena korbankan markah kuiz die. Ni la antara pengorbanan Toha aku takleh lupa. T______________T Dannnnnnnnnnn, pada 1 April 2012 haritu, Toha dah selamat menjadi suami kepada Nurul Akma (Yuyun). Alhamdulillah. Aku doakan perkahwinan dia dgn Yuyun kekal sampai ke syurga dan di rahmati Allah SWT dan aku yakin Toha dapat jadi suami yang baik. :) Toha jugaklah merupakan groupmate aku yang first sejak masuk SKB dulu. Saje nak mention. Haha. Tahniah Toha!!! *Dah seminggu baru aku nak post.haha*
(Gambar semua curi dari FB MKHakimi.Kiki. p/s : Sofabed ktorg kasi dah dapat belum?haha.

::spell to be cast out::

saya rindu semua orang.